Program eUsahawan dibawah MDEC

eUsahawan adalah program dibawah MDEC PERCUMA tajaan kferajaan. Ia adalah inisiatif khas kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui platform digital. Program ini telah bermula pada tahun 2015 dan telah memasuk edisi yang ke 4 pada tahun 2020. Sehingga hari ini ratusan ribu rakyat Malaysia telah mendapat manfaat dari program eUsahawan ini

Terokai Dunia Perniagaan Digital dengan Program eUsahawan

Bagus ke program Program eUsahawan dibawah MDEC ni?

Ramai juga cakap-cakap kata bila program percuma ni mesti tak berkualiti. Sebab biasanya kelas sebegini mahal sangat di luar sana. Apapun, dengan yakinnya saya boleh katakan program eUsahawan adalah program yang sangat berkualiti. Anda boleh search sahaja di YouTube mengenai program eUsahawan, maka anda akan jumpa begitu banyak kisah kejayaan yang telah dicipta melalui program ini. Jika tidak mana mungkin kerajaan terus menaja program ini dari 2015 sehinggalah sekarang tahun 2020

“Alhamdulillah tak rugi sedikit pun masa kami suami isteri korbankan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan tinggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain semata-mata nak hadiri kelas eUsahawan di bawah kelolaan Coach Syahril. Sangat berbaloi dan banyak ilmu yang kami perolehi. Sangat tak padan dengan gelaran ‘kelas percuma’. Terima kasih coach. Semoga terus berjaya dalam apa yang diusahakan” – Rozita Abd Rahman

“Saya rasa bertuah dapat join seminar e ushawan ni..input yang bagus untuk bakal2 ushawan atau ushawan..banyak benda blh belajar dr seminar ini..rugi siapa2 tak join” – Shaznie

Komen-komen seperti diatas biasa didapati dari peserta eUsahawan. Tidak kurang juga yang tak percaya kelas ni PERCUMA

“Saya dah pergi kelas bayar ribuan ringgit, tapi kelas hari ni lagi bagus”

Anda boleh tengok lebih banyak testimoni peserta yang telah hadir program eUsahawan kelolaan Coach Syahril di sini

Apa yang peserta belajar dari program eUsahawan ni?

Antara topik yang diajar didalam program eUsahawan dibawah MDEC ini adalah seperti dibawah:

+ Google. Search Engine Optimisation. Belajar bagaiman untuk anda mudah dijumpai di Google (platform Search Engine terbesar di dunia)

+ Google My Business. Wajib untuk setiap bisnes untuk memilik profil bisnes di Google dengan daftarkan bisnes mereka di Google My Business. Ianya PERCUMA dan sangat berkesan untuk bawa pelanggan masuk ke kedai anda

+ Facebook + FBAds. Platform sosial media terbesar adalah Facebook. Lebih 23 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook menjadikan Facebook adalah platform paling utama dalam digital marketing. Ilmu wajib yang perlu dikuasai oleh usahawan digital

+ Instagram + IGAds. Sama seperti Facebook, Instagram adalah pilihan utama rakyat Malaysia terutamanya orang muda

+ Graphic design + Copywriting. Untuk berjaya di online, usahawan mesti tahu bagaimana untuk menghasilkan graphic/gambar yang cantik dan copywriting yang menarik untuk menarik pelanggan baca dan suka kepada bisnes anda

Tentatif Program eUsahawan

8.30 am – 9.00 am: Pendaftaran

9.00 am – 9.30 am: Mindset sebagai digital marketer

9.30 am – 11.00 am: SEO dan Google My Business

11.00 am – 1.00 pm: Content Marketing (Graphic, Copywriting, Video)

2.15 pm – 5.00 pm: Social Media Marketing (Facebook dan Whatsapp Business)

Bagaimana nak daftar program eUsahawan ni?

Untuk join program ni, isi sahaja borang pendaftaran dibawah

4 thoughts on “Program eUsahawan dibawah MDEC”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *